Minyak Oh Minyak

Thursday, June 12, 2008

Persoalan Yang Tak Terjawab.

Kesan Dari kenaikan Minyak semua megeluh. Tapi nak salahkan siapa? siapa yang meletakkan mereka disitu, Ini bukan lagi kes harapkan pagar, pagar makan padi tapi lebih teruk dari itu. Macam yg diutarakan oleh Saudara Salehuddin Ayub Masa program Bersemuka hari tu, kemana duit yang konon nya nak digunakan untuk meningkatkan pengangkutan Awam? Dan selama 4 tahun penjimatan itu apa yg telah dilakukan. Begitu juga perancangan menggunakan hasil dari penjimatan subsidi untuk minyak untuk beri subsidi makanan. Tidakkah terfikir oleh mereka dengan peningkatan harga bahan sacara mendadak dan terlalu tinggi akan menyebabkan harga keperluan yang lain akan meningkat sama? Bagaimanakah perlaksanaan yg akan dilakukan oleh mereka? apakah membahagi dua gaji bulanan akan memberikan lebihan pendapatan utuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana? Persoalannya bagaimana rakyat kebanyakan nak mengimbangi kesan dari kenaikan minyak yang diikuti barang keperluan dan juga perkhidmatan yang terlalu tinggi. Lenakah tidur mereka memikirkan keluarga yang miskin terpaksa mengikat perut demi mengimbangi bencana ini? apakah mereka peka akan apa yang terjadi.Janji demi janji diucapkan oleh mereka bahawa kerajaan akan mengawal kenaikan sedangkan mereka sendiri sedar yang mereka tidak melakukan apa dalam menangani permasalahan ini. Apakah tidak terlintas dalam hati mereka akan keperitan rakyat akibat permasalahan ini. apakah mereka berharap semua peniaga, pengilang, pengusaha, pemborong, pengeluar dan sebagainya tidak menaikkan harga ? Keluhan demi keluhan akan menyebabkan rakyat menjadi kecewa dan mungkin bertindak diluar dugaan? Keperitan yang menjadi mereka begitu. Yang paling merisaukan adalah peningkatan kadar jenayah akibat meningkatnya kos sara hidup yang mungkin menjadikan orang makin terdesak. Berapa lamakah kajian yang dilakukan sebelum mereka mengambil keputusan menaikkan harga minyak ini? apakah kajian yang mereka lakukan merangkumi semua sudut hasil dari kenaikan ini? Hanya Merekayang mampu menjawab semua persoalan ini.....

3 comments:

Anonymous said...

weh ..letok la chat kat tepi blog
mung neh ..sene aku nak sumpah maki
AMNO ..

zulkafli said...

assalamualaikom , waaaaaahhhhhhh , pandai juga kau mengarang, banyak idea kau ni. baguslah kalau dah adow kesedaran. aku akan baca blog mu sokmor. Tapi...bagi yang daring daring sikit. Ulasan Che Taib dan Pok su che Mud di pantai suri yg aku nak baca. mereka lagi suffer. Last skali... tak sekor la mu pandai gitu lalu..he he

zulkafli said...

assalamualaikom , waaaaaahhhhhhh , pandai juga kau mengarang, banyak idea kau ni. baguslah kalau dah adow kesedaran. aku akan baca blog mu sokmor. Tapi...bagi yang daring daring sikit. Ulasan Che Taib dan Pok su che Mud di pantai suri yg aku nak baca. mereka lagi suffer. Last skali... tak sekor la mu pandai gitu lalu..he he