Minyak Oh Minyak

Sunday, June 15, 2008

Dari - http://www.tranungkite.net/v7/

PERDANA MENTERI PAK LAH: Beginikah Seorang Pejuang?
Dilulus terbit pada Saturday, June 14 @ 21:44:59
MYT oleh greenboc

Oleh 729noisa

"aSiapa pejuang di sini? Adakah Pak Lah sebagai pejuang? Pejuang apa kalau rakyat pun menyampah dan fed-up dengan apa yang diperjuangkannya! Sedih bila memikirkan situasi di mana pemimpin kita tiada standard atau maruah seperti pemimpin di Jepun atau Korea. Di Korea dan Jepun, apabila terdapat pergolakan di antara rakyat dan pemimpin, pemimpin dengan hormatnya akan mengundurkan diri. Ia tidak sedikit pun menjejaskan maruah pemimpin tersebut malah menaikkan maruahnya kerana mengikut kehendak rakyat! Sungguh memalukan apabila mengangkat diri sendiri ke taraf pejuang!!!

Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak akan melakukan sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan parti. Komitednya ialah untuk memulihkan UMNO yang telah parah di mata rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat mengambil pemerintahan pusat. Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam dalam kunjungan sehari rasminya ke Kelantan.

Pak Lah tidak akan biarkan UMNO berpuak-puak selain mengimbas kembali sejarah UMNO utara yang diasaskan oleh ayah dan datuknya. Kenyataan ini merujuk kepada kenyataan Timbalannya di London yang tidak akan tidak setia kepada UMNO. Dengan itu, Najib tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO tetapi mengharapkan penyerahan jawatan Presiden itu secara tradisional.

Persoalannya, mahukah Perdana Menteri yang dilihat lemah dari segi kepimpinannya berundur ketika mana semua pihak melihatkan faktor kegagalan Barisan Nasional mengekalkan majoriti 2/3 dan kehilangan 4 negeri kepada Pakatan Rakyat? Mustahil sekali Pak Lah yang pantang dicabar akan meletakkan jawatan sama sekali kerana beliau juga akan mengekalkan jawatan Presiden UMNO pada Disember ini.


Pak Lah yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang selalu membuat kejutan tersendiri kerana kebanyakan keputusan adhocnya adalah bercanggah dengan pendirian menteri. Beliau dilihat memegang kuasa istimewa kerana berdiri di sebalik jawatan Perdana Menteri walaupun memberi keputusan yang tidak popular. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah menyandang dan menggunakan keistimewaan tersebut dan tidak hairanlah jika Pak Lah pun mewarisinya.

Lupakah Pak Lah demonstrasi terbaru rakyat juga menuntut beliau berundur, bukan hanya kerana minyak? Lupakah beliau semua pihak (dalam dan luar parti) menuding jari kepadanya kerana prestasi terburuk BN gagal mengekalkan 4 negeri dalam pilihanraya ke-12? Lupakah beliau kini menjadi Perdana Menteri Malaysia paling tidak popular? Perdana Menteri dilihat meminggirkan semua tuntutan rakyat dan pemimpin UMNO sendiri supaya beliau berundur secara terhormat tetapi beliau enggan kerana apa? Kerana mahu menyelamatkan maruahnya yang sudah tiada?

“Sebagai pejuang, jangan kita patah semangat demi untuk agama dan bangsa kita. Istilah kecewa sepatutnya tidak ada dalam kamus pejuang. “Pantang undur sebelum menyerah dan pejuang perlu berjuang. Kalau patah hati, tidak payah berjuang, biarlah tunggu mati sahaja,” kata Pak Lah.

Pak Lah enggan mengikut kata hati rakyat kerana beliau merasakan beliaulah yang mampu membawa Malaysia ke sesuatu destinasi yang memartabatkan Malaysia. Kelakar bukan? Adakah tiada calon atau pemimpin yang lebih hebat daripada Pak Lah yang semakin dimamah usia? Pak Lah selalu memperdayakan rakyat dengan kejutan demi kejutan tetapi disusuli dengan langkah memperbaiki kejutan (masalah) tersebut. Adakah Pak Lah menganggap rakyat bodoh dan senang dipermainkan?

YA JAWAPANNYA! YA… YA… DAN YA…

Pak Lah hanya sesuai memimpin Barisan Nasional yang seusia dan sezaman dengannya sahaja! Jangan menyangka Pak Lah boleh memimpin rakyat yang muda di zaman serba globalisasi dengan kemajuan nanoteknologi dan perkomputeran. Bagaimana mungkin Pak Lah dapat menyimpulkan sesuatu keputusan yang rigid lagi tepat jika beliau sendiri tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains!

Sains kini di lihat telah mencorak kemajuan sesuatu negara. Dengan ilmu sains lah negara mampu bersaing dan menjanakan kemajuan ekonominya.

Tetapi ada apa dengan Pak Lah? Berilmu tinggikah beliau dalam bidang sains? Beliau sama sekali tidak mahir dengan sains petroleum di mana ilmunya tersangat luas daripada proses pencarian, pengeluaran, pemprosesan dan penggunaan petroleum serta sains di sekeliling petroleum! Mana mungkin Pak Lah dapat menjaga khazanah negara iaitu petroleum jika beliau sendiri pun senang ditipu oleh pihak ketiga (yang ingin meratah kekayaan negara dan tidak Islamik rohaninya) yang lebih mahir dan berpengetahuan berbanding Paklah?

Tetapi di mana standard saintis negara kita apabila hanya pemimpin korupsi dan penghibur pentas yang diangkat kepada generasi muda! Pakistan dan India dilihat sebagai negara dunia ketiga yang tidak maju dari segi pembangunan bangunan tetapi mereka telah mempunyai kemudahan nuklear! Di mana Malaysia dalam bidang sains? Tidak perlu khusus dalam bidang agama jika Ulamak pun dikecam hebat!

Penganalisis menganjurkan Malaysia perlu mempunyai pemimpin negara yang berilmu tinggi dalam pelbagai aspek dan kekuatan rohani yang mantap. Bukan mencabar orang lain apabila dicabar!

Kawe Kato - Pejuang sebenar adalah Rakyat Kebanyakkan yang tengah berjuang untuk HIdup dalam Era tekanan hidup yang teramat mencengkam sekarang ini. Pejuang sebenar adalah Ibu Bapa yang berjuang demi memastikan Anak² dan tanggungan mereka mampu makan, mampu memliki tempat tinggal yang selesa, memberikan pendidikan dalam era semua barang keperluan dan perkhidmatan yang naik mencanak tanpa halangan. Itulah Pejuang yang sebenar. Tak perlu cari Al Ghazali, tapi carilah Keredhaan Allah, Elakkan Kemarahan Rakyat, dan Doa Orang yang Teraniaya.....

No comments: