Minyak Oh Minyak

Monday, June 16, 2008

Dari email Kawe - Credit Utk Owner dia.

Surat terbuka untuk PM

Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh.......Blah

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami Memang dari dulu kami
sokong sampai lani Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak
bini......
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat......
Nie dok nampak macam nak telan kederat Dok nampak kami yang nak
melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat Kunun tak mau tengok
rakyat hidup melarat Tapi kalau macam nie punya sarat Darah rakyat pun

boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi Kunun asyik kerajaan saja dok
bagi Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi Tu...yang lima tahun sekali

tu....sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita......
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira Awat, minyak Malaysia tak dak
harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua Pakailah minyak petronas,
nanti untung dapat kat kita Nie, nak tanya la....tiap tahun untung
beribu juta Rakyat dapat apa ????? kudis buta....

Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili depa pun sama tumbas naik
sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai Dah sampai masa kot Pak Lah

kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu Sedih sungguh
ohhhh negara ku Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat

Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie Parti Barang Naik pulak kot
jadi depa lani Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...


Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

*surat ni dijana oleh komputer cap kambing, tiada tanda tangan
diperlukan

Sunday, June 15, 2008

Dari - http://www.tranungkite.net/v7/

PERDANA MENTERI PAK LAH: Beginikah Seorang Pejuang?
Dilulus terbit pada Saturday, June 14 @ 21:44:59
MYT oleh greenboc

Oleh 729noisa

"aSiapa pejuang di sini? Adakah Pak Lah sebagai pejuang? Pejuang apa kalau rakyat pun menyampah dan fed-up dengan apa yang diperjuangkannya! Sedih bila memikirkan situasi di mana pemimpin kita tiada standard atau maruah seperti pemimpin di Jepun atau Korea. Di Korea dan Jepun, apabila terdapat pergolakan di antara rakyat dan pemimpin, pemimpin dengan hormatnya akan mengundurkan diri. Ia tidak sedikit pun menjejaskan maruah pemimpin tersebut malah menaikkan maruahnya kerana mengikut kehendak rakyat! Sungguh memalukan apabila mengangkat diri sendiri ke taraf pejuang!!!

Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak akan melakukan sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan parti. Komitednya ialah untuk memulihkan UMNO yang telah parah di mata rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat mengambil pemerintahan pusat. Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam dalam kunjungan sehari rasminya ke Kelantan.

Pak Lah tidak akan biarkan UMNO berpuak-puak selain mengimbas kembali sejarah UMNO utara yang diasaskan oleh ayah dan datuknya. Kenyataan ini merujuk kepada kenyataan Timbalannya di London yang tidak akan tidak setia kepada UMNO. Dengan itu, Najib tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO tetapi mengharapkan penyerahan jawatan Presiden itu secara tradisional.

Persoalannya, mahukah Perdana Menteri yang dilihat lemah dari segi kepimpinannya berundur ketika mana semua pihak melihatkan faktor kegagalan Barisan Nasional mengekalkan majoriti 2/3 dan kehilangan 4 negeri kepada Pakatan Rakyat? Mustahil sekali Pak Lah yang pantang dicabar akan meletakkan jawatan sama sekali kerana beliau juga akan mengekalkan jawatan Presiden UMNO pada Disember ini.


Pak Lah yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang selalu membuat kejutan tersendiri kerana kebanyakan keputusan adhocnya adalah bercanggah dengan pendirian menteri. Beliau dilihat memegang kuasa istimewa kerana berdiri di sebalik jawatan Perdana Menteri walaupun memberi keputusan yang tidak popular. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah menyandang dan menggunakan keistimewaan tersebut dan tidak hairanlah jika Pak Lah pun mewarisinya.

Lupakah Pak Lah demonstrasi terbaru rakyat juga menuntut beliau berundur, bukan hanya kerana minyak? Lupakah beliau semua pihak (dalam dan luar parti) menuding jari kepadanya kerana prestasi terburuk BN gagal mengekalkan 4 negeri dalam pilihanraya ke-12? Lupakah beliau kini menjadi Perdana Menteri Malaysia paling tidak popular? Perdana Menteri dilihat meminggirkan semua tuntutan rakyat dan pemimpin UMNO sendiri supaya beliau berundur secara terhormat tetapi beliau enggan kerana apa? Kerana mahu menyelamatkan maruahnya yang sudah tiada?

“Sebagai pejuang, jangan kita patah semangat demi untuk agama dan bangsa kita. Istilah kecewa sepatutnya tidak ada dalam kamus pejuang. “Pantang undur sebelum menyerah dan pejuang perlu berjuang. Kalau patah hati, tidak payah berjuang, biarlah tunggu mati sahaja,” kata Pak Lah.

Pak Lah enggan mengikut kata hati rakyat kerana beliau merasakan beliaulah yang mampu membawa Malaysia ke sesuatu destinasi yang memartabatkan Malaysia. Kelakar bukan? Adakah tiada calon atau pemimpin yang lebih hebat daripada Pak Lah yang semakin dimamah usia? Pak Lah selalu memperdayakan rakyat dengan kejutan demi kejutan tetapi disusuli dengan langkah memperbaiki kejutan (masalah) tersebut. Adakah Pak Lah menganggap rakyat bodoh dan senang dipermainkan?

YA JAWAPANNYA! YA… YA… DAN YA…

Pak Lah hanya sesuai memimpin Barisan Nasional yang seusia dan sezaman dengannya sahaja! Jangan menyangka Pak Lah boleh memimpin rakyat yang muda di zaman serba globalisasi dengan kemajuan nanoteknologi dan perkomputeran. Bagaimana mungkin Pak Lah dapat menyimpulkan sesuatu keputusan yang rigid lagi tepat jika beliau sendiri tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains!

Sains kini di lihat telah mencorak kemajuan sesuatu negara. Dengan ilmu sains lah negara mampu bersaing dan menjanakan kemajuan ekonominya.

Tetapi ada apa dengan Pak Lah? Berilmu tinggikah beliau dalam bidang sains? Beliau sama sekali tidak mahir dengan sains petroleum di mana ilmunya tersangat luas daripada proses pencarian, pengeluaran, pemprosesan dan penggunaan petroleum serta sains di sekeliling petroleum! Mana mungkin Pak Lah dapat menjaga khazanah negara iaitu petroleum jika beliau sendiri pun senang ditipu oleh pihak ketiga (yang ingin meratah kekayaan negara dan tidak Islamik rohaninya) yang lebih mahir dan berpengetahuan berbanding Paklah?

Tetapi di mana standard saintis negara kita apabila hanya pemimpin korupsi dan penghibur pentas yang diangkat kepada generasi muda! Pakistan dan India dilihat sebagai negara dunia ketiga yang tidak maju dari segi pembangunan bangunan tetapi mereka telah mempunyai kemudahan nuklear! Di mana Malaysia dalam bidang sains? Tidak perlu khusus dalam bidang agama jika Ulamak pun dikecam hebat!

Penganalisis menganjurkan Malaysia perlu mempunyai pemimpin negara yang berilmu tinggi dalam pelbagai aspek dan kekuatan rohani yang mantap. Bukan mencabar orang lain apabila dicabar!

Kawe Kato - Pejuang sebenar adalah Rakyat Kebanyakkan yang tengah berjuang untuk HIdup dalam Era tekanan hidup yang teramat mencengkam sekarang ini. Pejuang sebenar adalah Ibu Bapa yang berjuang demi memastikan Anak² dan tanggungan mereka mampu makan, mampu memliki tempat tinggal yang selesa, memberikan pendidikan dalam era semua barang keperluan dan perkhidmatan yang naik mencanak tanpa halangan. Itulah Pejuang yang sebenar. Tak perlu cari Al Ghazali, tapi carilah Keredhaan Allah, Elakkan Kemarahan Rakyat, dan Doa Orang yang Teraniaya.....

Saturday, June 14, 2008

Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah - http://kickdefella.wordpress.com/

Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah

14 06 2008

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat. Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.


Kawe Kato - hmmm apa nak diherankan sekiranya orang yang tak tahu ekonomi menguruskan negara? Ditambah pula orang disekelilingnya pula hanya tahu membesarkan perut dan menambah harta sendiri, maka inilah hasilnya. Ataupun ia adalah isyarat yang terang yang mereka ini akan bereundur atau diundurkan? Satu lagi persoalan yang memerlukan perhatian semua…

Friday, June 13, 2008

Kempen Tak Naik

Perarakan aman bantah isu minyak - Malaysiakini

Perarakan aman bantah isu minyak

Abdul Rahim Sabri | Jun 13, 08 6:57pm

Perarakan membantah kenaikan harga minyak bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 30Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang.

Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid.

Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC.

Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 klcc background 3Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.

Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ.

Bawa kain rentang

Seorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 28Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi "Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1'.

Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC.

Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo.

Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 15Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.

Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu.

Bersurai jam 3.20 petang

Kesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut.

Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 motorcycle troopSalahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut.

Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS.

Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes).

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 31Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang.

Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu.

Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian.

Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman.

Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka.


Kawe Kato - Kemarahan rakyat yang meletus akibat tekanan hidup yang membebankan akan menyebabkan satu ledakan yang bakal mengegarkan pemerintahan kerajaan yang tidak bijak dan berjiwa rakyat. Rakyat telah lama menderita dan hanya menungggu satu ketika dimana mereka meletakkan segala keperitan mereka sebagai keutamaan untuk menyatakan perasaan mereka. Sesungguhnya kawe berada disana, bermula dr Masjid Jamek dan seterusnya sehingga sampai ke Sogo. Dan sesungguhnya Allah melapangkan perjalanankami hari ini, Sehingga gangguan dari pihak tertentu tidak dirasai. Dapat dilihat sokongan orang ramai mahu pun pengguna jalanraya yang melalui jalan² yg kami lalui. Laungan kami bergema dan disambut mereka.

Thursday, June 12, 2008

Persoalan Yang Tak Terjawab.

Kesan Dari kenaikan Minyak semua megeluh. Tapi nak salahkan siapa? siapa yang meletakkan mereka disitu, Ini bukan lagi kes harapkan pagar, pagar makan padi tapi lebih teruk dari itu. Macam yg diutarakan oleh Saudara Salehuddin Ayub Masa program Bersemuka hari tu, kemana duit yang konon nya nak digunakan untuk meningkatkan pengangkutan Awam? Dan selama 4 tahun penjimatan itu apa yg telah dilakukan. Begitu juga perancangan menggunakan hasil dari penjimatan subsidi untuk minyak untuk beri subsidi makanan. Tidakkah terfikir oleh mereka dengan peningkatan harga bahan sacara mendadak dan terlalu tinggi akan menyebabkan harga keperluan yang lain akan meningkat sama? Bagaimanakah perlaksanaan yg akan dilakukan oleh mereka? apakah membahagi dua gaji bulanan akan memberikan lebihan pendapatan utuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana? Persoalannya bagaimana rakyat kebanyakan nak mengimbangi kesan dari kenaikan minyak yang diikuti barang keperluan dan juga perkhidmatan yang terlalu tinggi. Lenakah tidur mereka memikirkan keluarga yang miskin terpaksa mengikat perut demi mengimbangi bencana ini? apakah mereka peka akan apa yang terjadi.Janji demi janji diucapkan oleh mereka bahawa kerajaan akan mengawal kenaikan sedangkan mereka sendiri sedar yang mereka tidak melakukan apa dalam menangani permasalahan ini. Apakah tidak terlintas dalam hati mereka akan keperitan rakyat akibat permasalahan ini. apakah mereka berharap semua peniaga, pengilang, pengusaha, pemborong, pengeluar dan sebagainya tidak menaikkan harga ? Keluhan demi keluhan akan menyebabkan rakyat menjadi kecewa dan mungkin bertindak diluar dugaan? Keperitan yang menjadi mereka begitu. Yang paling merisaukan adalah peningkatan kadar jenayah akibat meningkatnya kos sara hidup yang mungkin menjadikan orang makin terdesak. Berapa lamakah kajian yang dilakukan sebelum mereka mengambil keputusan menaikkan harga minyak ini? apakah kajian yang mereka lakukan merangkumi semua sudut hasil dari kenaikan ini? Hanya Merekayang mampu menjawab semua persoalan ini.....

Tuesday, June 10, 2008

Satu Kenyataan Yang Pahit.


Baru plan ngan anak bini aku nak balik kampung hujung bulan ni, niat hati nak ziarah orang tua kat kampung... Alih² naik minyak... kalo sket mungkin tak terasa lagi... Sekali naik menggunung... kurangkan penggunaan minyak.. hmmmm